Parasit Pokok Jambu Ayoo
“Pada zaman kesultanan Melaka, ada seorang pahlawan Melayu bernama Hang Tuah yang gagah dan taat setia kepada sultannya. Oleh kerana cintanya kepada Sultan, dia sanggup ke Pahang untuk memperdayakan Tun Teja agar dapat dijadikan permaisuri Sultan. Namun jasanya terhadap Sultan luput begitu sahaja apabila Hang Tuah terjerumus ke dalam perangkap Pateh Karma Wijaya lalu dihukum pancung oleh Sultan kerana melanggar peraturan istana. Keris Taming Sari dirampas oleh Sultan dan diberikan kepada Hang Jebat bagi menggantikan tempat Hang Tuah. Demi menegakkan kebenaran, Hang Jebat menderhaka dan membunuh rakyat-rakyat Melaka. Beliau juga ingin membunuh Sultan untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Keadaan di Melaka menjadi padang jarak, padang terkukur sehinggalah Hang Tuah yang disangkakan mati dibebaskan daripada tempat persembunyian Datuk Bendahara. Hang Tuah langsung menjunjung titah pergi membunuh Hang Jebat, si penderhaka.”
Cnp
Akhirnya Hang Nadim yang sepatutnya diberikan ganjaran dan anugerah atas kebijaksanaannya dalam menangani serangan diperintah dibunuh! Dia dibawa ke tengah laut dan dibuang ke dalam laut sehingga mati lemas.
Comments
Post a Comment