UntungLer....... Suku Sakat Si Todak

 




"..........Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.
Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.

Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita Singapura Dilanggar Todak."
         Memang tersangat sadis qisah ni,.. orang yang lbh bijak dari"nya" , terutama generasi muda, akan dipupuskan, takut melawan taukey.  Maka tinggallah "mangkuk-mangkuk" suci yang "memberi nasihat" secara mereka.  Dan suku sakat si Todak, senang banyak n gemouuuk ler... 


Comments

Popular Posts

'Virus-virus'' Yang Suci Dan Abadi ..