Cucu Datok Merah.
.............ayamnya dikepit ke hulu ke hilio. Minda si Mamat ni masih terperangkap bahawa kekuatan ayam sabonglah yg akan menentukan kehebatan, kekayaan, maruah dan status seseorang individu. Difahamkan, seekor ayam Jagoh mampu ditukarkan dengan se buah negeri..Malangnya, seribu kali sayang, zaman sudah berubah, "set mind" masyarakat sudah beranjak; yg akan menentukan kehebatan, kekayaan, maruah dan status seseorang individu adalah usaha dan jerih titik peluh yang bukan sedikit. Serta perlukan juga pengetahuan yang cukup tinggi.
Si Mamat ni, dikisahkan luput ditelan bumi kerana kekhilafannya.
.............malangnya, DNA genetik si Mamat ni, masih utuh mengikuti di era semasa. .......
...........sewaktu kegemilangannya dahulu, mmglah segala strategi dan aktiviti serta plan pembangunan negara amat mantap,, tetapi untuk jangkamasa di era yang lalu sahaja (kira-kira 30 tahunan yg lalu)..Mendapat sanjungan di peringkat Galaksi Bima Sakti..
............ malangnya, di era kini, perlukan satu set plan strategi pembangunan yang baharu, sesuai dengan peredaran semasa. Sudah tentu set pembangunan Rancangan masa lalu tidak relevan lagi..
Memang terlalu sukar untuk menyarankan segala idea pembaharuan pd Mamat nih.. Barangkali, diselaputi oleh peringkat usianya , neuron dan sinapsnya sudah kematu, lantas tidak dapat berhubungan antara otak kiri dan kanannya. Lalu letrik mindanya amat malap..
Maka... tenggelamlah Mamat nih dengan mangkuk purbanya..Lalu kata Sang sasterawan dan politikuss, "Masanya Sudah Berlalu.."
Comments
Post a Comment